15, 14, 13…. Izhar 8tawon yang sejak balik sekolah terlekap kat lantai simen ghumah menghitung baki hari berpuasa yang perlu dihabiskan. Takat nie belum ada yang monteng kecuali Kak Long dan OD. Memasing dah tak sabar nak balik raya….. terbayang keseronokkan balik kampong…..
Alamakkk…. Pasai nak memujuk, aku dah pon terbeli bunga api yang banyak asap untuk anak-anak yang penat berpuasa. Dah beberapa ari pon mereka bermain kat laman yang dipenuhi lampu pelita sebelum gi terawih
OD dah siapkan jahitan sorang 2 pasang baju raya untuk anak-anak. Kasut raya si kecil pon dah beli. Acara buat biskut raya baru bermula sempena cuti Nuzul Quran.
Alamakkk…. Pasai nak memujuk, aku dah pon terbeli bunga api yang banyak asap untuk anak-anak yang penat berpuasa. Dah beberapa ari pon mereka bermain kat laman yang dipenuhi lampu pelita sebelum gi terawih Walhal sebenarnya banyak lagi perkara-perkara yang anak-anak seronok dengan ramadan dan syawal. Mereka tak sabor nak nerai baju melayu teluk belanga jahitan tulang belut @ kurung yang dijahit oleh maknya, kaler sedondon plak tu. Mereka teruja nak gi pasar ramadan pada setiap petang. Mereka ikut berterawih kat Masjid Syed Sirrajudin sebab pastu ayahnya akan singgah kat kedai beli jajan atau gula-gula. Kat ghumah sibuk nak tolong emaknya buat kuih, anyam ketupat dan masak rendang.
Syawal nanti memacam yang dah dirancangkan. Yang wajib pada pagi raya nanti mesti mohon ampun pada mak dan ayah. Pastu gi ziarah pusara atuk dan nenek sebelum solat sunat aidilfitri kat Masjid Makam. Yang lelaki akan teruskan aktiviti mengikut kumpulan marhaban keliling kampong yang selalunya dibawa oleh Mat Black, Pak Andak mereka....... bla...bla...bla.....
p/s Hahahaaaa… jauh betol ngalamun aku pepetang nie… sampai meleleh air liuq terpandang sirap merah, ketupat dan rendang. Aperpon…. raya pasti tetap haper tanpa mengira ada mercun atau tak!!!

1 ulasan:
Salam...anak2 tie pun dah mula mengira hari2 terakhir puasa..tak sabar nak balik kg klate(sebelah hubby). Cuti sekolah pjg baru boleh balik Kota Tinggi. Bunga api tu dah lama tak beli..ada asap, anak2 ada asma..kesian lak ,tengok je org main dari jauh..
Catat Ulasan