RAMADHAN yang dingin datang lagi ke muka tangga. Tampak keceriaan pada raup wajah-wajah si kecil menyambut bulan berlapaq-dahaga, bazar kuih dan berterawih. Tentu ada pengertian tersendiri buat mereka dari bisik-bisik dan celoteh yang terluah dari mulut-mulut comel nan petah Iznie 3tawon dan Iylea 6tawon di hadapan ibu mereka."Puasa jangan tak poso kalo nak rayo kat ghumah atuk Panchor!!!" kata Iylea kepada adiknya.
Adussss....! Aku tahu cakap-cakap sebegitu hanyalah sandaran untuk memujuk ayahnya supaya dapat pulang ke kampong Muo. Maklumlah tawon lepas pon dia puasa penoh tapi terpaksa beraya jauh dari daerah nenek Pagoh, nenek Panchor, Mak Uda, Pak Itam, Mak Ngah, Fizzy, Aazim, Killa dan ramai lagi sepupu sepapat akrab mereka.
Dalam diam aku mengira duit penambang kat kocek.... Alhamdulilah kerana Taukeh Pok Leh dah janji nak bagi duit bonus separuh untuk raya nie. Harap raya tawon nie tak ditunda atau dibatalkan plak.... hehehehe

Tiada ulasan:
Catat Ulasan