Pengumuman kerugian besar syarikat kewangan terkemuka seperti Lehman Brothers, Merill Lynch dan AIG menyebabkan pelabur hilang keyakinan terhadap pasaran kewangan AS, sekali gus mempengaruhi sentimen di pasaran kewangan global. Penganalisis Inter-Pacific Securities Sdn Bhd, Koay Yi Chuan pula berkata, pasaran saham tempatan yang terjejas dengan tekanan pasaran global kini turut berdepan dengan masalah ketidaktentuan politikHahahahaha.... aku bukannya penganalisa ekonomi sementelah sehabuk pon aku tak paham!!! Cuma beberapa ari lalu, kita digambarkan bahawa satu lagi fenomena krisis ekonomi akan melanda.
Catatan ini hanya nak mengimbas kembali cter masa lalu....
Dahulu ramai kakitangan kerajaan yang ghairah buat pelaburan ASB guna skim pinjaman bank. Ada yang pasang angan2 jadi jutawan dalam masa 10 tahun. Ikut kiraan matematik aku menunjukkan bahawa bank akan mendapat bunga tetap 10% dan pelabur mendapat 2% berdasarkan jangkaan 12% keuntungan setahun. Ironinya kerajaan bukan tolong bangsa Melayu tetapi tolong bank2 yang dah memang banyak duit tuh.
Tawun 1997, bila George Soros merompak nilai mata wang... bank masih menagih keuntungan 10% walaupon dividen hanya 5%. So.... ramai ler yang muflis!!!! Masa tuh memang ramai yang mendapat penyakit darah tinggi walau tak mampu lagi makan daging lembu ker kambing aper kerr. Aku terselamat kerana mengira pakai jari tak guna kalkulator.
Bab perniagaaan... hanya ada kat dalam tempurung kepala aku jer. Tak tahu bila nak keluar dan bercambah. Duit bagi aku 5sen cam tayar keta lembu. OD pong memang selalu kate aku si Kedekut.. Kalo pelaburan 4 nombor tuh ada ler belas kali dalam seumur hidup aku... Ada sekali mimpi duit siling 5sen X 4 keping... so aku congak 5420 tapi yang keluar 5402...isk.isk.isk.. Lain masa aku terlanggar plat no motosikal kat jalanraya sama dengan satu keta yang sedang melintas.. apa lagi seringit dua terbang ler... hampeh... minggu berikut baru keluaq daaa....straight plakk tuh!!!! Tapi semua tuh berbaloi akhirnya apabila satu kali bermimpi 4 digit lalu dijadikan sandaran pelaburan ngan RM1 jer pon tapi dapat laba RM100.00.... tak jugak kaya hatta tuk sehari!!!!! Dosa berjudi lagi ader ler.
Rentikanlah melabur cam tuh.... Aku dah taubat nasuha dan last aku melabur cam tuh lebih 10 tahun dulu ....hehehehehe....

p/s aku bagitew pada anak-anak bhw tiada wang dagangan, sawah bendang atau banglow tersergam tuk mereka kecuali rebutlah peluang 5 masa sebelum habis tempohnya

3 ulasan:
Tie mmg dari dulu tak pernah masuk saham..dulu kawan hubby konon nak tolong,tapi tie awal2 lagi suruh hubby tolak..Ish tak leh percaya sangat tuh..melainkan mmg dah pro..
Tapi tie ada melabur ASB(saham jugak nih) sejak dok ITM hanya RM10 je..Ha..lepas 13 tahun..baru teringat..kemaskini buku tgk2 dah jadi RM400++ haa...boleh tahan gak..hi hi..
kawan suke melabur, tapi ikut cara yg betul, pasal kawan jenis malas nak usaha kuat2, tgk bank mana offer profit yg elok, join sikit2. itupun ikut islamic concept, X mau makan duit haram, nanti lebur..
saper nak melabur duit tu kenala berani mati.. cam aku gak.. labur 8k.. baru lagi.. malas nk kecoh.. nanti dpt pulangan aku ads kat blog..
Catat Ulasan