Selasa, 9 Disember 2008

Tragedi Highland Towers tak jadi iktibar


KUALA LUMPUR: Tragedi Highland Towers yang runtuh pada 11 Disember 1993 yang mengorbankan 48 nyawa, ia seperti tidak pernah diambil iktibar oleh kerajaan, pemaju dan masyarakat. Dalam kejadian jam 4 pagi 6hb Disember 2008, empat terbunuh dan 23 cedera apabila 14 rumah banglo mewah di lereng bukit di Taman Mewah, Bukit Antarabangsa, Hulu Klang, ranap akibat tanah runtuh.




Komen Pak Tua

Kalo ada pembeli hartawan yang mementingkan prestage... ramai lagi kontraktor yang sudi membinanya.

Setiap projek pembinaan yang dicadangkan oleh pengusaha siap ngan sokongan para arkitek dan jurubina bertauliah nan berpengalaman bertahun-tahun. PBT atau JKR yang meluluskan projek hanya boleh mengaji arkitek dan jurubina tak berpengalaman. Kalo pon ada bangkangan dari agensi-agensi penyokong... boleh ker lawan kepakaran ngan pihak swasta. Kalo syarat banyak sangat... pihak PBT jugak akan dipersalahkan kerana melewat-lewatkan pembangunan... konon katanya tak terima duit kopi lagi ler tuh!!!!

Di pihak kerajaan... tanggungjawab sudah diberi kepada agensi berkaitan. Segala peraturan dah berjela-jela diwartakan. Yang penting selain mengabiskan duit... hasil cukai perlu dipertingkatkan untuk menampung perbelanjaan. Rasuah atau tidak... sendiri mau kiralah. Yang biasa beri rasuah jer tahu hal berkenaan berlaku @ tidak. Pak Lah ker, Najib ker, Khalid Nordin ker atau Guan Eng takder masa nak lihat perkara terpencil cam tuh.... lainlah ngan Md Isa Sabu atau Exco Jawatankuasa Mesyuarat Negeri Berkenaan alias YB ADUN terpilih.

Pada aku ada beberapa tindakan yang boleh dilakukan untuk mengelakkan bencana sedemikian
a) Wartakan / haramkan terus jer tempat-tempat demikian sebagai kawasan pembangunan. Kalo perlu beri pampasan kepada binnaan sedia ada... banyak RM tuh!!!! Pastu jadikan hutan rekrasi jer.
b) Jadikan sebarang pembinaan / perumahan sedemikian bertaraf berbintang -bintang.
c) Tetapkan cukai yang tinggi hatta 1000% dari kos setiap pembinaan. Begitu gak cukai tanah dan pintu hendaklah berganda-ganda.
d) Setiap pembangunan / perumahan diwajibkan mendapat perlindungan insuran berkaitan bencana alam. Agak-agak adakah pihak insuran yang sanggup menerimanya atau mampukah pembeli menanggungnya???
e) Semua kos penyelanggaran jalanraya hatta pembuangan sampah sekalipon hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh pemunya.
f) Rancakkan estate perumahan di luar KL seperti Nilai ~ Tampin. Ramai pekerja-pekerja Tokyo yang tinggal diluar bandaraya berkenaan... kadang masa perjalanan ngan train setiap hari hampir 2 jam tuk pergi kerja jer.
g) Lengkapkan lagi / upgrade pengangkutan rel ke destinasi estate perumahan dengan mengambil kira :
  • Semua koc penumpang bertaraf eksekutif (maksud aku cukup tempat duduk) tetapi mampu bagi orang berpendapatan rendah / sederhana.
  • tambang bagi jarak jauh semurah mungkin. Kalo sekarang RM10 satu perjalanan KL ~ Seremban... jadikan RM5 jer.
  • mempercepatkan tempoh masa perjalanan.... 1/2 jam tuk perjalanan KL ~ Seremban
  • bilangan koc... jadual trip.... station diperbanyak dan mesra pelanggan
  • Sediakan parker dan pengangkutan sokongan yang mencukupi pada setiap station... kalo boleh secara tiket pakej.
  • Asingkan / khaskan koc tuk perjalanan jarak jauh / express
  • Tambang jarak dekat antara station dalam KL atau pengangkutan sokongan hanya RM0.50 bagi satu perjalanan
  • Jadikan sistem rel adalah perkhidmatan dan bukannya pelaburan.


p/s alahai.... aku bukannya ahli perancang bandar tapi suka memandai-mandai plak

Tiada ulasan: