Rabu, 17 September 2008

Kao yang ku sayang

Setiap kali aku membicarakan tentang wanita, pasti mengundang marah dan melihat kata-kata ku dari pandangan yang negetif walaupon belum dikupas. Mereka kata aku hipokrit kerana tak mau terima kenyataan yang tangan mengayun buai bisa mengegar dunia. Isteri aku pula berkata dengan memek muka yang sajer dimoncongkan "Awak jer lah yang nak menang!"
Hahahahah..... aku memang selalu pong menang kalo sembang ngan dia... alahai misai yang seciput nie takkan nak biarkan terjelepok mencecah lumpur.......?????? Isk..isk..isksss

Pernah sekali di dalam forum TV3, aku sajer memancing kata-kata begini "Aku sering mengeluh tentang wanita semasa melalui bulatan jalanraya".
Aku memang menjangkakan pasti ramai forumer dan blogger wanita yang panas dan pantas nak membingkas kata-kataku itu. Yang paling dahsyat kalo ada yang remark aku sebagai anti-wanita.

Cam dah paham bebenor ngan maksud tersirat dari posting tersebut dan tanpa bertanya lanjut, sekoyong-koyong Forumer Best of The Best Azlinhashim pong quote "Kenapa lelaki selalu x berpuashati apabila wanita memandu.... kami wanita di asuh ngan sopan santun dan berhati2 dlm segala pekerjaan.... jadi jgn lar samakan pemanduan kami ngan kaum lelaki yg konon2nya expert bila memandu....terasa juga hati bila husb suruh tingkatkn kelajuan kereta....nak buat camne..... x berani nak bw laju2... paling laju pun 80km/sj"

Begitu gak Forumer Best of The Best Shiriza pula menyahut "Lelaki ni selalu memperkecilkan kebolehan wanita...tak kira dalam apa jua bidang...kalau memandu...patut le lambat pemandu nya perempuan...Hampeh...Ye le azlin...bawa slow sangat...80km je...Shiriza paling slow pun 90-100km..."

Hahahaha.... aku yang bersara level Forumer Superstar jer, berjaya menarik perhatian dan kemarahan mereka. Dengan itu bolehlah aku mencurahkan segala isi hati dan perasaan yang meluap-luap sejak pagi itu. Aku cuba meluahkannya dengan kata-kata yang sehabis lembut..... selembut gusi dari lidah "Jumat tak kesah dengan kebanyakkan pemandu wanita yang memenuhi jalanraya yang rata-rata memandu seorang diri dengan kereta baru berkilat samada dengan kelajuan pelahan 80kmj atau selaju 100kmj di jalan yang lurus. Tetapi bila memotong, membelok maupon memasuki / keluar simpang atau bulatan..... ngalahkan lelaki. Tanpa melihat kiri dan kanan... terus redah jer. Kita plak yang kena membrek. Bila kita jengah siapa pemandunya... bukan budak rempit pon... tapi wanita bertudung elok....Lelaki bukan nak memperkecilkan kebolehan wanita... tapi hakikatnya lelaki sayangkan mereka!!"


p/s Alamakkkk.... korang pong tak puas ati ker????

2 ulasan:

.:sanDORA:. berkata...

tak semua wanita cam tu kan.. :)

PutraJawa berkata...

Salam tuk Sandora....