Rabu, 17 September 2008

Boleh tara tuhhhh....????

Alkisah telah diciterkan oleh seorang sahabat ketika dalam kenderaan suatu perjalanan yang agak membosankan. Benar atau tidak kesah nie ngan orang idup atau mati... aku tak pasti. Daripada aku membiarkan ruang buahbicara nie kosong, baik ler aku karang semula sembang tersebut untuk tatapan kalian.......

Sebermula nak diciterkan tentang seorang bekas penghuni Pusat Serenti yang telah banyak berubah dan rajin mendampingi masyarakat. Adalah pada suatu hari pemuda tersebut telah mendatangi masjid kat kampongnya jer pong. Sesampai jer kat muka tangga dilihat Pak Imam tua dah nak bersolat seorang diri kerana ketiadaan makmum lain dan waktu maghrib pong hampir abis. Oleh kerana nak dijadikan citer, terjadilah pada ari itu Pak Imam terlalu ingin kusyuk sehingga tidak dapat memasukkan niat sembahyang semasa tadbir. Beriya-iya Pak Iman telah berulang kali mengangkat 'takbir'. Melihat kesukaran yang teramat sangat sedemikian rupa, pemuda tadi tak sampai ati lalu segera menghampiri dan mencuit bahu Pak Iman. Pemuda meminta untuk melakonkan 'takbiratul ikram' dengan lagak penuh keyakinan dan kusyuk.

Pemuda seraya mengangkat takbir dengan kusyuk dan yakin, "ALLAHHHUAKBARRRR'.

Seketika kemudian beliau berpaling kepada Pak Iman dan berkata, "ADA TARA CAM TUH????"

Pak Imam, "BAGUIH SUNGGUH KAMU, CUBE LER TERUSKAN "

Maka dengan berat hati dan senang hati pemuda tadi pon berbuat solat ler sebagaimana diminta... sekoyong-koyong Pak Imam tak jadik imam pada ari tuh lalu jadik ler makmum jer. Udah demikian, pemuda tadi pong teruskanlah rukun sembahyang dengan kusyuk, tertib dan lengkap dengan zikir dan doanya sekali dalam nada lancar nan lenggok ala-ala Tok Arab.Selesai solat dan bersalaman, Imam mengucapkan kata-kata pujian atas kekagumannya kat pemuda tadi yang telah mengimamkan sembahyang dengan begitu baik.....

Pemuda berkenaan dengan selamba menjawab, "BARU TARA TUH... KALO DAH BERWUDUK LAGI LER....".

Pak Imam sambil menepuk dahi , "ALLAH... BATAL SEMBAHYANG AKU!!!!"


p/s Moralnya, kalo kisah ni diciterkan pada masa, ketika dan tempat yang sesuai serta ngam ngan gaya dan lakonan yang meyakinkan oleh memana orang, tentu senak perut gak dibuatnya. Apalagi kalo takde apa-apa buahbicara yang nak disembangkan. Tak caya cube ler..... harharhar.....

Tiada ulasan: