Minggu lalu aku ke Ibu Negara kerana suatu urusan dan menginap di Bukit Bintang. Sementara menanti waktu berlalu,kami berjalan-jalan di kaki lima kedai-kedai melihat-lihat gelagat pelbagai bangsa manusia dan terjumpa 2 orang perempuan melayu dari Pantai Timur sedang duduk di bangku bertentangan hadapan sebuah hotel (Hotel Malaysia kalo tak silap). Jarum jam di tangan pada masa tuh menunjukkan hampir 12 tengah malam.
.
.
Seorang berumur lingkungan 30an dan seorang lagi amat muda bangat maybe 16 ~ 19 tahun . Kami bersembang dan terpancullah keluhan mereka yang mengaku terpaksa merantau sejauh itu untuk mencari sesuap rezeki. Aku tak pasti samada mereka mampu menempuh segala cabaran di tempat yang penuh berisiko sebegitu dan aku tak sanggup membayangkan apa-apa yang buruk.
.
.
Mereka mempelawa kami untuk mengurut dan sedia memberi perkhidmatan kat bilik hotel kami. Kami menolaknya dengan penuh hormat.
.
.
Dan malam itu dalam bilik hotel aku tidur meringkuk kesejukan ya amat terasa meresap hingga ke ubun-ubun kepala. Suhu alat penghawa dingin yang melampau dan tak boleh dikawal mungkin kerana rosak alat remotenya. Mungkinkah bilik-bilik hotel lain tidak sedemikian dinginnya???




Alamakkk…. Pasai nak memujuk, aku dah pon terbeli bunga api yang banyak asap untuk anak-anak yang penat berpuasa. Dah beberapa ari pon mereka bermain kat laman yang dipenuhi lampu pelita sebelum gi terawih 






